About Me.......

My photo
SUBANG U5, SELANGOR, Malaysia
i'm fulltime housewife n mom of 3 sons razin uqail , razin hazwan, razin rafif n my only daughter Juwita Nur Isha.

Jadikan ini pengajaran pd yg b'ada di negara asing

copy paste dr paper harian metro 04/10/08

AZAB DITUDUH PENGGANAS

Oleh ISMA ISMAILisma@hmetro.com.my


KOTA BHARU: “Ketika itu saya baru ditahan empat atau lima hari di penjara hingga tidak sedar kedatangan 1 Syawal,” kata Abdullah Sani Ariff Lokhman, 23, mengimbau pengalamannya ditahan di sebuah penjara di Arab Saudi pada Aidilfitri 2006.Dia bersama dua rakan yang ketika itu mahu menunaikan umrah ditahan kerana memasuki Arab Saudi secara haram dan disangka terbabit dengan aktiviti pengganas gara-gara salah faham.“Niat kami hanya ingin menunaikan umrah tapi kami gagal mendapatkan visa, jadi kami cuba memasuki Arab Saudi dari Yaman.“Itulah kesalahan kami, namun kami langsung tiada kaitan dengan pengganas,” kata Abdullah Sani Ariff atau lebih mesra dengan panggilan Ariff ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kadok, di sini.

Menurut Ariff, biarpun peristiwa itu sudah dua tahun berlalu, segala-galanya masih segar dalam ingatan kerana itulah pertama kali dia berhari raya jauh dari keluarga, di sebuah negara lain dan lebih memilukan, di dalam penjara.“Saya hanya menyedari 1 Syawal tiba apabila bangun tidur dan melihat orang lain makan. Saya kehairanan kerana hari-hari sebelum itu masing-masing berpuasa.“Selepas diberitahu hari itu hari raya, hati saya sungguh sayu kerana itulah kali pertama saya menyambut Aidilfitri dalam penjara di negara asing,” kata anak kedua daripada 10 beradik itu.Ariff berkata, ketika itu perasaan sebak menyelubungi sanubarinya kerana teringatkan keluarga di kampung, apatah lagi apabila terdengar laungan takbir hari raya dari sel penjara yang sempit.Pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) itu berkata, pada pagi 1 Syawal tahun berkenaan, dia menikmati juadah Aidilfitri yang ala kadar dan pengalaman itu tidak mungkin dilupainya sampai bila-bila.

Ariff berkata, dia dan dua rakannya ditahan dan ditempatkan di Pusat Tahanan Sementara di kawasan sempadan Arab Saudi-Yaman pada 19 Oktober 2006 sebelum dipindahkan ke dua penjara Gizan, Arab Saudi, termasuk satu daripadanya diuruskan Polis Antarabangsa (Interpol).Keseluruhannya, mereka bertiga ditahan kira-kira lima bulan, sekali gus bukan saja menyambut Aidilfitri tetapi juga Aidiladha di sel penjara sebelum dibebaskan pada Mac tahun lalu.Menceritakan rentetan kisahnya untuk menunaikan umrah pada Ramadan 2006 sehingga meringkuk lima bulan dalam tahanan di penjara Arab Saudi, Ariff berkata, pada 17 Oktober 2006 dia bersama dua rakannya (yang enggan didedahkan identitinya) menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Doha, Qatar sebelum menukar pesawat menuju ke Sana’a, Yaman.Menurutnya, mereka bertiga ke Yaman untuk masuk ke Arab Saudi menerusi sempadan negara itu berikutan menghadapi masalah mendapatkan visa untuk masuk ke Arab Saudi.

“Apabila tiba di Yaman, kami bermalam di Sana’a sebelum meneruskan perjalanan ke sempadan Yaman-Arab Saudi. Keesokannya kami menyewa teksi untuk ke Haradh, sebuah bandar berhampiran sempadan bagi membolehkan kami menyeberang ke Arab Saudi.“Bagaimanapun, ketika menghampiri Haradh, teksi kami dihalang sebuah kereta dinaiki tiga lelaki yang keluar dan mendakwa mereka kakitangan imigresen.“Seorang rakan saya yang mampu berbahasa Arab memberitahu tujuan kami dan tiga lelaki itu menyatakan mereka boleh membantu menghantar kami ke Arab Saudi,” kata Ariff.Ariff dan dua rakannya kemudian menaiki kereta tiga lelaki itu, namun rasa curiga mula timbul apabila mereka dibawa ke sebuah rumah yang dikelilingi tembok batu di kawasan penempatan penduduk di Haradh.Selepas itu baru Ariff dan dua rakannya sedar tiga lelaki terbabit sebenarnya perompak apabila mereka dipaksa menyerahkan semua barang berharga yang dibawa.“Kami menyerahkan semua wang yang dibawa berjumlah kira-kira RM1,200, satu kamera digital dan tiga telefon bimbit.“Selepas itu kami diarah menaiki semula kereta sebelum dibawa ke sebuah rumah lain yang jarak perjalanannya hanya 10 minit.

“Kami kemudian diserahkan kepada seorang lelaki tua. Dia baik dan menyatakan rasa kesal dengan perbuatan tiga perompak itu.“Kami berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib bersama keluarga lelaki itu,” katanya.Lelaki tua itu kemudian memberitahu akan membantu Ariff dan dua rakannya masuk ke Arab Saudi, tapi sekali lagi mereka dikecewakan apabila dibawa menaiki kereta dan ditinggalkan di satu kawasan padang pasir dalam keadaan malam yang gelap.Menurut Ariff, mereka berjalan kaki sambil memikul beg masing-masing yang setiap satu seberat hampir 30 kilogram, selain terpaksa berhati-hati bagi mengelak dikesan peronda pengawal sempadan.Selepas penat berjalan tanpa bekalan air dan makanan, mereka bertiga berehat sebentar dan ketika itu seorang daripadanya mengaktifkan telefon bimbit yang berjaya disembunyikan daripada diambil perompak.“Tujuannya untuk melihat jam pada waktu itu. Bagaimanapun tindakan itu membawa padah apabila isyarat telefon bimbit menyebabkan pihak berkuasa mengesan kehadiran kami.“Tidak semena-mena kedengaran bunyi beberapa kenderaan menuju ke arah kami. Kami bersembunyi di celah pokok dan ketika itu saya mendengar beberapa das tembakan dilepaskan, dipercayai untuk memberi amaran kepada kami.

“Syukur kami tidak terkena tembakan rambang itu dan mereka juga gagal mengesan kami kerana keadaan sangat gelap,” kata Ariff.Menurutnya, selepas semalaman berjalan kaki, mereka sampai ke sebuah kampung dan cuba mendapatkan bantuan penduduk di situ tetapi gagal. Mereka kemudian ke sebuah masjid tetapi sekali lagi hampa kerana tiada yang sudi membantu.Disebabkan terlalu letih, tiga sahabat itu tertidur hingga masuk waktu solat Subuh.Selepas solat, mereka ke jalan raya untuk mendapatkan teksi, tetapi tiba-tiba muncul satu kenderaan pacuan empat roda dinaiki dua lelaki yang kemudian meminta pasport untuk diperiksa.“Selepas meneliti dokumen kami, mereka menyatakan ada orang akan datang membantu kami sebelum mereka beredar. Lebih kurang 15 minit kemudian, sebuah trak tentera tiba dan kami diarah menaikinya.“Ketika itu saya mula yakin kami ditahan pihak berkuasa. Kami kemudian dibawa ke pusat tahanan sementara,” katanya.Ariff berkata, pegawai di situ berjanji akan menghubungi Kedutaan Malaysia, namun ia hanya janji kosong. Sebaliknya, mereka dibawa ke lokap dan dikurung bersama kira-kira 30 pesalah lain yang kebanyakannya dari Yaman, Somalia dan Arab Saudi.“Kami ditahan lima hari menjelang Aidilfitri tapi saya langsung tidak memikirkan pasal hari raya, sebaliknya kebingungan mengenangkan nasib kami bertiga yang kini dalam tahanan,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

salam.. saya adalah abdullah sani ariff bin lokhman..

nak buat pembetulan sikit..
sebenarnya kami bukan sengaja memasuki arab saudi secara haram.. tapi berita ini diolah dan diubah tanpa pengetahuan saya.. ini mungkin demi menjaga kepentingan antara kedua-dua negara..

kami sebenarnya bukan sengaja untuk memasuki arab saudi secara haram.. tetapi kami telah dibawa kesitu secara paksa..